1. Zaman prasejarah dunia dibahagikan kepada empat tahap zaman iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam. Namun demikian, Malaysia hanya mengalami tiga zaman. Zaman apakah yang tidak dialami di Malaysia
A. Zaman Paleolitik
B. Zaman Mesolitik
C. Zaman Neolitik
D. Zaman Logam
2. Berdasarkan senarai di bawah susunkan zaman prasejarah yang dilalui oleh Malaysia mengikut urutan yang betul
I Zaman Paleolitik
II Zaman Mesolitik
III Zaman Neolitik
IV Zaman Logam
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
3. Malaysia tidak seperti negara lain di dunia kerana tidak mengalami Zaman Mesolitik.Apakah bukti yang diperolehi Pusat Arkeologi Malaysia yang membuktikan Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik
A. Perjumpaan tulisan di gua
B. Penemuan perahu prasejarah
C. Penemuan alat batu Haobinh di Perak
D. Penemuan alat pemujaan
4. Ahli-ahli sejarah berpendapat bahawa masyarakat zaman prasejarah telah mula menggunakan peralatan batu untuk kehidupan hariannya. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita boleh mengetahunya?
A. Melalui cerita atau lisan
B. Melalui kajian yang dijalankan oleh ahli arkeologi
C. Melalui ujikaji di makmal
D. Melalui kajian masyarakat masa kini
Soalan 5
Berdasarkan senarai di bawah
*Batu Tembikar
*Serpihan tulang
*Batu-batan yang dibina
5. Sepasukan ahli arkeologi telah menemui bahan-bahan di atas dalam usaha mereka mengesan perkembangan tamaddun awal manusiaApakah panggilan barangan di atas?
A. Upacara perkuburan
B. Animisme
C. Artifak
D. Perak Man
6. Zaman paleolitik dipercayaibermula 200 000 tahun hingga 300 000 tahun dahulu. Antara berikut yang manakah menerangkan tentang Zaman Paleolitik?
A. Mereka mula bercucuk tanam
B. Kegiatan menukar barangan giat dijalankan
C. Menggunakan peralatan daripada batu dan logam
D. Menggunakan alat batu
Soalan 7 Berdasarkan pernyataan di bawah
*******************************************
Mereka menjalankan adat pengebumian
dengan disertakanmakanan atau alat-alat batu
*******************************************
7. Pernyataan di atas merujuk kepada situasi kehidupan masyarakat
A. Zaman Paleolitik
B. Zaman Mesolitik
C. Zaman Neolitik
D. Zaman Logam
8. Ahli arkeologi mendapat lukisan dan peralatan telah dijumpai di gua-gua yang dikaitkan dengan masyarakat pada zaman Paleolitik. Di manakah lokasi gua-gua tersebut?
I Kota Tampan, Perak
II Gua Niah, Sarawak
III Tingkayu, Sabah
IV Bukit Bunuh, Perak
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. I, II, III dan IV
9. Berdasarkan pernyataan di bawah
***************************************
Perak Man atau orang Perak ialah rangka manusia
tertua telah ditemui di Gua Gunung Runtuh pada tahun 1990
****************************************
Apakah kesan penemuan tersebut?
A. Orang Perak adalah masyarakat pertama menetap di Tanah Melayu
B. Kebanyakan orang Perak suka tinggal di gua-gua
C. Ahli arkeologi seluruh dunia mula memberi perhatian tentang Zaman Palleolitik di Malaysia
D. Orang Perak terkenal di kalangan ahli arkeologi di seluruh dunia
10. Masyarakat Zaman Paleolitik tinggal di dalam gua batu kapur yang berhampiran dengan tasik.Mengapakah kawasan tersebut dipilih?
I Mudah mendapatperlindungan daripada cuaca buruk dan binatang buas
II Mudah mendapat bekalan air dan makanan seperti ikan
III Mudah untuk memburu binatang yang banyak terdapat di sekeliling gua
IV Mudah untuk menjalankan hubungan perdagangan
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
11. Masyarakat Paleolitik mempercayaan kepada kepercayaan animisme.Bagaimanakah kepercayaan ini diamalkan?
A. Mempercayai setiap benda mempunyai jiwa dan roh orang mati
B. Terdapat banyak Tuhan yang menguasai alam ini
C. Orang yang mati akan hidup semula
D. Kepercayaan kepada Tuhan yang menguasai alam semesta
12. Masyarakat awal yang menetap di gua telah menjalankan pelbagai kegiatan untuk menyara hidup mereka.Apakah kegiatan yang dijalankan oleh masyarakat ini?
I Menternak binatang dan ikan
II Menanam pokok
III Memburu
IV Memungut hasil hutan
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV
No comments:
Post a Comment