BAB 5 : Kegemilangan Melaka

      Kegemilangan Melaka
  1. Melaka mempunyai satu sistem pentadbiran yang tersusun dan sistematik
  2. Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan sistem pemerintahan yang dikenali sebagai
    Sistem Pembesar Empat Lipatan
  3. Melalui sistem ini, sultan mengetuai pemerintahan
  4. Baginda dibantu oleh empat pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat
  5. Pembesar utama ialah Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari
  6. Struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka adalah saeperti di bawah
  7. Sultan merupakan kuasa tertinggi kerajaan. Sultan dianggap berdaulat
  8. Daulat bermakna kesempurnaan, keistimewaan, kuasa tertinggi dan kewibawaan pemerintah
  9. Konsep daulat ini amat dimuliakan oleh rakyat kerana jika seseorang yang enggan mengakui kedaulatan sultan, mereka akan dianggap menderhaka

    Peranan sultan

    * Lambang perpaduan rakyat
    * Menyelaras kegiatan-kegiatan ekonomi
    * Ketua agama Islam
    * Ketua adat istiadat Melayu
    * Mengetuai hubungan diplomatik
    * Melantik pembesar negeri
  10. Sultan juga dianggap mempunyai Kuasa mutlak dalam segala aspek iaitu dalam pemerintahan peperangan, hubungan diplomatik dan agama Islam
  11. Pembesar perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan jujur dan
    bijaksana untuk memajukan Melaka
  12. Mereka juga bertanggungjawab menegakkan kedaulatan sultan dan kerajaan Melaka
           Sistem Pembesar Empat Lipatan
  1. Sistem Pentadbiran Pembesar Empat Lipatan adalah satu sistem yang sistematik
  2. Setiap pembesar diberikan tugas dan tanggungjawab untuk melicinkan pentadbiran
  3. Bendahara

    * Menteri utama
    * Penasihat utama sultan dalam pentadbiran
    * Ketua hakim untuk menyelesaikan kes yang besar
    * Ketua istiadat
    * Ketua turus angkatan perang
    * Pemasngku sultan ketika sultan gering atau ke luar negara
  4. Temenggung

    * Memelihara keamanan dan keselamatan dalam negeri
    * Penguasa bandar dan kota Melaka
    * Mengawasi pedagang asing dan memastikan sukatan dan timbangan pedagang adalah betul
    * Protokol istana
    * Hakim di darat
  5. Laksamana

    * Ketua angkatan laut
    * Menjaga ketenteraman laut
    * Mengawal keselamatan sulktan atau pengawal peribadi sultan
    * Mengetuai utusan diraja ke seberang laut
    * Ketua duta
    * Mengetuai angkatan tentera sekiranya ketiadaan Bendahara
    * Jawatan ini diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah

           Kawasan Pegangan
  1. Kerajaan yang kuat dan maju adalah hasil daripada sokongan padu dan taat setia daripada
    pembesar kepada sultan
  2. Sultan perlu meningkatkan serta mengekalkan sokongan tersebut agar tidak berlaku keadaan tidak puas hati di kalangan pembesarnya
  3. Sultan akan memberi kuasa kepada pembesar untuk mentadbir sungai, pulau dan wilayah.
  4. Kawasan yang ditadbir oleh pembesar dikenali sebagai 'Kawasan pegangan'
  5. Pembesar berempat diberi kawasan tertentu untuk ditadbir iaitu

    a. Bendahara, kawasan pegangannya ialah Muar dan Bentan
    b. Penghulku Bendahari kawasan pegangannya ialah Sening Ujung dan Kampar
    c. Laksamana kawasan pegangannya ialah Temasik
    d. Temenggung tiada kawasan pegangan
    e. Hulubalang kawasan pegangannya ialah Sungai Raya dan Siantan
  6. Sultan juga melantik pembesar di kawasan jajahan dan daerah untuk memungut cukai
  7. Kawasan yang menjadi tempat pembesar memungut cukai ialah 'kawasan pemakanan'
  8. Ufti bagi kawasan pembesar itu akan dipersembahkan kepada sultan

   
       Pentadbiran Berwibawa
  1. Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan iaitu sistem
    pentadbiran yang hampir sama dengan Sistem Jemaah Menteri sekarang
  2. Malalui sistem ini setiap pembesar diberi tugas dan tanggungjawab masing-masing bagi melicinkan pentadbiran kerajaan
  3. Tanpa sistem pentadbiran ini sudaj tentu kerajaan akan lemah

10 comments:

  1. Nice but where is penghulu bendahari

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeaaaa.....I am finding for penghulu bendahara now...:(

      Delete
    2. Tugas penghulu bendarhari


      -pemungut hasil atau ufti
      -ketua segala bendahari
      -ketua urussetia istana
      -ketua syahbandar

      Delete

  2. Inilah yang selama ini Saya cari

    ReplyDelete
  3. Terima kasih ,thank you so much 💞💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙

    ReplyDelete
  4. sangat membantu doakan saya lulus spm #spm2020#form5 pro max

    ReplyDelete
  5. sy form4, skrg and mw belajar dari rmh ni mmg stress habis masa google meet pun ibubapa begaduh adik menangis smua perli ii sy and skrg ni sy paham pun nda pa ni😂

    ReplyDelete