Bab 1 :Ciri-Ciri Sejarah

    Ciri-Ciri Sejarah

      Fakta yang tepat dan benar
  1. Fakta atau maklumat sejarah bermaksud peristiwa tempat dan tarikh yang dapat dibuktikan kebenarannya berdasarkan sumber yang sahih
  2. Fakta sejarah tidak boleh direka dan tokok tambah
  3. Fakta sejarah juga perlu dipertangungjawabkan dari segi sumber dan kesahihannya.
    Contohnya :
    Penemuan arkeologi Kota Tampan, Perak membuktikan penempatan awal di negara kita bermula sejak 35,000 tahun dahulu
    Pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2001

      Penting dan bermakna
  1. Mengingati tarikh lahir, tarikh sambutan hari kebangsaan
    hari guru dan segala kejadian berkaitan dengannya adalah adalah sebahagian daripada sejarah
  2. Setiap orang akan sentiasa mengingati tarikh kelahirannya kerana ia amat masyarakat dan negara
  3. Kad pintar amat bermakna kepada kita kerana kad tersebut mengandungi maklumat pengenalan diri, lessen memandu, jenis darah, jenis penyakit yang dihidapi dan sebagainya
  4. Tarikh lahir, tarikh perkahwinan seseorang atau tarikh kematian seseorang yang rapat dengan kita adalah tarikh yang amat bermakna kepada seseorang
  5. Kad akuan Nikah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam juga mengandungi maklumat penting tentang perkahwinan seseorang Majlis seperti Sambutan Hari Guru, Sambutan Hari Pekerja adalah untuk menghargai guru dan pekerja


      Sebab dan Akibat
  1. Sejarah juga menjelaskan mengapa sesuatu peristiwa itu berlaku dan kesan daripada peristiwa atau sebab dan akibat Pengkaji sejarah perlu mengkaji perkara di bawah untuk mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa
    a. apa
    b. siapa
    c. bila
    d. di mana
    e. mengapa
    f. bagaimana peristiwa itu berlaku

    Sebagai contoh: Kemasukan kaum imigran Cina dan India ke Tanah Melayu semasa zaman penjajahan British telah mewujudkan masyarakat majmuk di negara ini yang mempunyai budaya dan amalan sendiri.


5 comments: