Bab 9 : Warisan Kesultanan Melayu


Sistem pemerintahan negeri Melayu
a)            Pentadbiran peringkat negeri
1.            Sultan  lambang kedaulatan negeri.
2.            Sultan miliki kesempurnaan,kebolehan, keistimewaan
3.            Kedaulatan melalui kemampuannya melaksanakan undang-undang dengan adil.
4.            Kedaulatan jamin keamanan, kesetiaan dan sokongan
5.            Unsur kukuhkan kedaulatan sultan – kecemerlangan, keunggulan peribadi dan kepahlawanan sultan
6.            Sultan dibantu kerabat diraja & pembesar
7.            Kedaulatan diperkukuh dgn alat kebesaran.
8.            Cap mohor diraja  – alat kebesaran – mengesahkan arahan dan lambang surat rasmi kerajaan.
9.            Alat kebesaran lain – tengkolok atau destar
10.           Alat kebesaran tidak boleh digunakan oleh rakyat
11.           Warna kuning pada hiasan
12.           Payung putih dikhaskan kepada raja
13.           Payung kuning digunakan oleh anak raja.
14.          Nobat – alat muzik diraja dalam upacara :
               i.              pertabalan raja,
               ii.             kemangkatan raja dan kerabatnya
               iii.            keberangkatan raja ke balairung seri.
15.          Alat muzik nobat terdiri daripada semambu, gong,  nafiri, serunai, dua gendang besar (nakara) dan dua gendang kecil (tabal).
16.          Bahasa dalam/ bahasa istana seperti santap
17.          Rakyat dilarang mengguna bahasa dalam
18.          Perintah sultan mestilah dilaksanakan.
19.           Rakyat yang engkar dianggap derhaka.
20.           Rakyat menderhaka akan ditimpa tulah.
b)            Pentadbiran peringkat jajahan & daerah
1.            Jajahan dan daerah ditadbir oleh pembesar
2.            Pembesar dilantik terus oleh sultan.
3.            Perlantikan melalui pemberian surat tauliah.
4.            Pembesar taat pada sultan.
5.            Tugas utama pembesar jajahan dan daerah :
                i.              jaga keamanan negeri
                ii.             pertahankan kedaulatan negeri.
                iii.            serahkan hasil dan cukai kepada kerajaan.
                iv.           sediakan tenaga kerja.
c)            Pentadbiran peringkat kampung
1.            Tugas ketua kampung(penggawa/penghulu) :
               i.              pungut cukai
               ii.             bekalkan tenaga tentera
               iii.            kekalkan taat setia masyarakat kampung.
               iv.           perantara pembesar dan rakyat jelata.
2.            Pemimpin kampung  lain -  golongan agama
3             Tugas golongan agama :
               i.              penasihat sultan, kadi, mufti
               ii.             berdakwah,
               iii.            kendalikan pengajian agama
               iv.           hasilkan karya agama.
               v.            menjadi imam, khatib, bilal & juru nikah.
4.            Golongan magis :
               i.              seperti bomoh dan pawing
               ii.             mahir di bidang perubatan.
               iii.            berkebolehan menyembuhkan penyakit
               iv.           mengetahui khasiat akar kayu dan herba.
               v.            menjadi pemimpin masyarakat kampung.
Sistem pemerintahan Negeri Sembilan
a)   Adat Perpatih dan Adat Temenggung
1.            Berasal dari Sumatera.
2.            Datuk Perpatih Nan Sebatang  mengasaskan Adat Perpatih di Pagar Ruyong, Sumatera.
3.            Adat perpatih dilaksanakan apabila orang Minangkabau berhijrah ke Tanah Melayu dan menetap di Naning & Negeri Sembilan.
4.            Datuk Ketemenggungan – asaskan Adat Temenggung. di Palembang, Sumatera.
5.            Adat Ketemenggungan dibawa ke Tanah Melayu setelah keturunan raja Palembang datang ke Melaka.
6.            Adat Temenggung diamalkan di semua negeri di Malaysia kecuali Naning dan Negeri Sembilan.
7.            Orang yang mahir dalam mentafsir dan melaksanakan hukum undang adat ialah ketua adat.
b)            Sistem pemerintahan  Negeri Sembilan
1.            Pemerintah tertinggi ialah Yamtuan Besar
2.            Peranan sama dengan peranan raja Melayu
3.            Undang ialah ketua segala luhak atau luak.
4.            Empat luak diperintah oleh Undang  iaitu Sungai Ujong,  Jelebu,  Johol dan  Rembau
5.            Luak lain diperintah oleh Penghulu.
6.            Tugas Undang – memilih Yamtuan Besar.
7.            Lembaga ialah ketua suku atau waris.
8.            Peranan Lembaga :
               i.              pilih Undang
               ii.             jaga keselamatan dan keamanan
               iii.            selesaikan pertelingkahan antara suku
               iv.           kendalikan pembahagian harta pusaka
               v.            perantara anggota sukunya dengan Undang.
9.            Buapak ialah ketua Perut
10.          Setiap anggota Perut merupakan Anak Buah.
11.          Buapak-tmpt rujukan adat dan hukum.
12.          Hidup bersuku-suku
13.          Setiap suku tersebut dianggap satu keluarga.
14.          Pemilihan pemimpin dalam Adat Perpatih :
               i.              Anak Buah memilih Buapak
               ii.             Buapak  memilih Lembaga.
               iii.            Lembaga  memilih Undang.
               iv.           Undang  memilih Yamtuan Besar.
15.          Sistem pemilihan ikut amalan demokrasi.
16.          Mempunyai alat kebesaran diraja
Undang-undang adat
1.            Peraturan berdasarkan amalan kebiasaan
2.            Dihafal secara turun-temurun
(a)   Adat Temenggung
1.            Pemerintahan bercorak autokratik.
2.            Kuasa tertinggi ditangan sultan atau raja.
3.            Peranan sultan :
               i.              ketua pentadbir
               ii.             ketua agama
               iii.            simbol kedaulatan
               iv.           perpaduan rakyat.
4.            Sistem kekeluargaan – sebelah ibu dan ayah.
5.            Lelaki menjadi ketua keluarga.
6.            Nasab keturunan – sebelah bapa.
7.            Perkahwinan – hukum syarak (boleh kahwin sepupu).
8.            Pembahagian harta pusaka – anak lelaki
9.            Hukuman bertujuan memberi pengajaran
10.          Sultan melaksanakan hukuman. Pembesar atau penghulu melakukannya sekiranya mendapat mandat.
b)            Adat Perpatih
1.            Menekankan demokrasi dan permuafakatan.
2.            Setiap suku mempunyai wakil
3.            Keputusan dibuat bersama.
4.            Yamtuan Besar  berunding dengan Undang
5.            Keluarga sebelah ibu diutamakan kerana jurai ini melahirkan suku.
6.            Nasab keturunan  – sebelah ibu.
7.            Perkahwinan sesama suku dilarang kerana dianggap bersaudara.
8.            Perwarisan harta – sebelah ibu kerana anak perempuan menjadi asas kewujudan suku.
9.            Hukuman bertujuan untuk pemulihan
10.          Undang-undang menyedarkan pesalah supaya tidak mengulang kembali kesilapan.
Rumusan
1.  Berbangga dengan warisan Kesultanan Melayu Melaka
2.  Harus menghormati dan mematuhi undang-undang.
3.  Harus mengamalkan budaya kekitaan
4.  Meneruskan dan mempertahankan identiti bangsa.

1 comment:

  1. The best notes ever! Now I understand the whole thing.

    ReplyDelete